suria

Asyik tayang bahagia, netizen dah mula bosan hadap kisah cinta Taylor Swift dan Travis Kelce

Taylor dan Travis sering memaparkan kebahagian mereka di khalayak umum.

ASYIK mempamerkan kemesraan di khalayak umum, netizen mula berasa bosan dengan kisah percintaan penyanyi Taylor Swift dan Travis Kelce.

Ini selepas terlalu banyak portal dan peminat memuat naik aksi mesra kedua-dua mereka seperti berpelukan dan berciuman.

Taylor 1

Taylor dan Travis banyak meluangkan masa bersama.

Terdapat segelintir netizen yang mula bosan dan menganggap aksi mesra Taylor dan Travis seperti dibuat-buat untuk mendapatkan perhatian.

"Saya mula rasa bosan. Saya rasa ia seperti dipentaskan (dirancang).

"Bolehkah kalau saya buka sosial media tanpa melihat Taylor dan Travis bercium?

ARTIKEL BERKAITAN: Taylor Swift dah jumpa cinta baharu, ‘dating’ senyap-senyap dengan pemain bola sepak Travis Kelce

ARTIKEL BERKAITAN: Taylor Swift dan Travis Kelce sedang ‘mabuk cinta’, rancang ada anak tahun depan

"Saya tidak pasti. Saya tidak dapat merasakan hubungan cinta di antara Taylor dan juga Travis walaupun selalu cium dan peluk. Sekarang saya rasa ia hanya untuk publisiti," kata mereka.

Untuk rekod, Taylor dan Travis dilapor menjalin hubungan cinta pada September lalu apabila pertemuan secara senyap mereka diketahui oleh orang ramai.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain