PIHAK National Football League (NFL) mengambil langkah pantas menyunting suara penyanyi Alicia Keys yang dikatakan sumbang semasa persembahan di acara Super Bowl Halftime Show pada Ahad lalu. Memetik laporan The Independent, suara sumbang Alicia ketika mempersembahkan lagu If I Ain't Got You itu telah disunting oleh NFL dan di muat naik di saluran YouTube NFL. Persembahan Alicia menerima pelbagai reaksi netizen. Perkara itu disahkan oleh seorang pengguna aplikasi X yang menyedari perubahan tersebut. Individu berkenaan memuat naik semula kedua-dua video untuk membuat perbandingan iaitu nyanyian asli dan nyanyian selepas suntingan dibuat. ARTIKEL BERKAITAN: Alicia Keys beli rumah agam ikonik, Razor House dengan harga RM85 juta ARTIKEL BERKAITAN: Usher kahwin teman wanita di Las Vegas selepas persembahan Super Bowl "Malam tadi (Ahad) suara Alicia Keys pecah (video pertama) dan apa yang menarik saluran YouTube rasmi NFL nampaknya cuma untuk memadamkan kesalahan itu selepas menyunting dan memuat naik semula video berkenaan," tulisnya. Sebelum ini, tular di media sosial apabila persembahan Alicia menerima kecaman menerusi permulaan nota nyanyiannya menerusi lagu If I Ain't Go You dikatakan pecah atau sumbang. Menggayakan busana gaun merah berkilauan, Alicia dilihat duduk di tepi piano rona sedondon sambil melantunkan susunan vokal yang dikatakan amat sukar. Pun begitu, netizen menyifatkan kehadiran penyanyi Usher yang menjadi bintang undangan dalam acara tersebut berjaya menyembunyikan kesumbangan suara penyanyi wanita tersebut. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan You TONTON VIDEO PILIHAN!