suria

Ramai jadi mangsa, Choi Siwon sangkal terlibat penipuan kripto

Choi Siwon nafi terlibat skim pelaburan kripto.

PELAKON dan penyanyi Korea Selatan Choi Siwon menyangkal dakwaan tuduhan terlibat dalam penipuan mata wang kripto atau token digital.

Siwon turut menyangkal dakwaan dia melakukan aktiviti haram termasuk dikatakan menjalinkan kerjasama dengan komuniti pemuda dikenali sebagai Youth Pay.

“Saya ingin menegaskan saya tidak terlibat dalam kontroversi seperti sedang hangat diperkatakan.

CHOII

Choi Siwon nafi dakwaan terlibat skim pelaburan haram.

“Saya juga tiada hubungan atau kerjasama secarq rahsia dengan mana-mana pihak,” katanya.

Sebelum ini timbul khabar angin mengatakan perniagaan diusahakan anggota kumpulan Super Junior itu terdapat unsur penipuan.

Ia susulan dakwaan perniagaannya terlibat dalam skim pelaburan secara rahsia.

ARTIKEL BERKAITAN: Niat baik Choi Siwon disalah erti, tampil mohon maaf secara terbuka

ARTIKEL BERKAITAN: Foto mirip suami cium lelaki lain tersebar, Ham So Won tunjuk bukti Jin Hua bukan homoseksual

Ada pihak mendakwa menjadi mangsa penipuan tersebut selepas terpedaya dengan populariti dan imejnya sebagai selebriti popular.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain