PELAKON Tamara Tyasmara terus menjadi perhatian banyak pihak susulan kematian anaknya iaitu Dante pada 29 Januari lalu. Bukan hanya di media sosial, malah ada cuba mencari dan mendekati Tamara bagi mendapatkan kenyataan sehingga dia terpaksa mendapat pengawasan pihak berkuasa. Perkara tersebut dikongsi oleh rakannya iaitu aktres Soraya Rasyid memaklumkan ramai masih tidak dapat menerima hakikat kematian Dante. Kematian Dante memberi kesan besar buat Tamara. "Kesian melihat keadaan dia sekarang. Dia ditekan oleh banyak pihak dan setiap sisi. Jadi sekarang ini, dia harus dikawal oleh pihak polis. "Tidak boleh bercakap lanjut tentang perkara itu, apa yang pasti ada orang tidak menerima kenyataan ini," ujarnya. Kematian Dante diklasifikasikan sebagai kes jenayah dan kekasih Tamara yang dikenali sebagai Yudha Arfandi menjadi individu suspek utama. ARTIKEL BERKAITAN: Senyuman dalam foto dikecam peminat, rakan tampil pertahan Tamara Tyasmara masih bersedih kehilangan anak ARTIKEL BERKAITAN: Kubur anak Tamara digali semula, kematian disyaki ada unsur jenayah... Polis panggil kekasih jadi saksi Menurut keterangan polis, Yudha didakwa membenamkan kepala Dante ketika berada di sebuah kolam renang awam sebanyak 12 kali sehingga akhirnya kanak-kanak itu mati lemas. Yuhda ditahan pihak berkuasa pada 6 Februari lalu dan kini masih dalam proses soal siasat. Yudha menjadi individu tertuduh kes kematian Dante. Sementara itu, Tamara pula menyesal membiarkan anaknya itu ditemani Yudha tanpa pengawasannya ketika kejadian. "Itu pertama kali anak saya ke kelas renang bersama dia (Yudha). Sebelum ini pasti saya akan ikut bersama Yudha dan anaknya juga. "Saya sangat menyesal. Sekarang ramai tuduh saya lalai dan pelbagai tuduhan lain," ujarnya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!