PELAKON sinetron asal Indonesia iaitu Furry Setya memberitahu dia mendapatkan pemeriksaan masalah kesihatan mental sebelum memfailkan cerai terhadap isterinya pada Januari lalu. Mengakui masalah rumah tangga adalah berpunca dari diri sendiri, Furry nekad untuk hadir ke sebuah hospital sakit jiwa di Semarang, Indonesia pada Disember tahun lalu. "Saya tidak kuat, saya takut jadi gila. Jadi saya bertemu psikiatri. Saya ke rumah sakit jiwa kerana tahu di situ tempatnya untuk mendapatkan rawatan. Furry akui masalah diri sendiri menjadi punca cerai. "Saya tidak malu ketika berada di sana. Pekerja hospital dan orang ramai di sana juga kenal saya. Namun saya mencari sebuah hospital lain kerana di situ terlalu ramai orang. "Apabila berjumpa doktor, saya ceritakan semua masalah yang berlaku. Doktor maklumkan saya alami tekanan," katanya dalam satu temu bual. Furry dan isterinya Dwinda Ratna sah bercerai pada 5 Februari lalu selepas lima tahun mendirikan rumah tangga. ARTIKEL BERKAITAN: Tamara Tyasmara dikawal polis, menyesal tinggalkan anak dengan kekasih ARTIKEL BERKAITAN: Selesai kempen Pemilu 2024, Pasha Ungu tawakal dan serah kepada rakyat untuk mengundi Sementara itu, dalam atu temu bual berbeza, pelakon drama Tukang Ojek Pengkolan ini memdedahkan masalah peribadi dihadapinya menjadi punca pertelingkahan dengan Dwinda sebelum ini. "Masalah yang berlaku ada dalam diri saya sendiri. Seakan trauma masa lalu yang berlaku dalam dirinya saya. "Setiap kali berlaku perselisihan dengan Dwinda saya terfikir untuk minta cerai. Kami pernah bergaduh sehingga saya menghempas telefon," ceritanya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!