suria

PM Thailand dakwa Singapura bayar Taylor Swift untuk tidak anjur konsert di negara Asean lain

Taylor bakal menganjurkan konsert selama enam hari di Singapura.

PERDANA Menteri Thailand iaitu Srettha Thavisin mendedahkan penyanyi Taylor Swift mempunyai perjanjian tidak boleh menganjurkan konsert jelajah The Eras Tour di negara Asia Tenggara lain kecuali Singapura.

Memetik laporan Sky News, menerusi Forum iBusiness 2024 di Bangkok, Srettha mendakwa dia dimaklumkan bahawa kerajaan Singapura menawarkan RM9.5 juta hingga RM14.3 juta bagi setiap persembahan eksklusif hanya untuk negara berkenaan.

Kata Srettha, biarpun penganjuran konsert penyanyi tersebut dikatakan agak mahal namun kerajaan Thailand juga sanggup mengeluarkan wang yang banyak kerana ia disifatkan berbaloi untuk menjana ekonomi negara.

tayllor - 1

Taylor didakwa dibayar untuk hanya menganjurkan konsert di Singapura.

"Kerajaan Singapura cerdik. Sekiranya dia (Taylor) datang ke Thailand saya tahu bukan murah untuk menganjurkan konsert tersebut di sini.

"Tetapi saya percaya kami boleh menarik lebih banyak penaja dan pelancong ke Thailand walaupun terpaksa mengeluarkan subsidi sebanyak 500 juta baht (RM66.8 juta) namun ia pasti berbaloi," katanya.

Dalam pada itu, Srettha turut memberitahu kerajaan sedang berusaha untuk membawa lebih ramai artis gred A ke Thailand sekitar akhir tahun ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Asyik tayang bahagia, netizen dah mula bosan hadap kisah cinta Taylor Swift dan Travis Kelce

ARTIKEL BERKAITAN: Kucing milik Taylor Swift bernilai RM457 juta, lebih berharga berbanding Travis Kelce

Biarpun menyedari usaha itu mungkin tidak dapat dilakukan kerana penganjuran konsert besar memerlukan masa untuk diatur, namun Srettha tetap akan berusaha bagi merealisasikan hajat tersebut.

Sebelum ini, Taylor dijadual mengadakan konsert di Stadium Nasional, Singapura pada 2, 3 dan 4 Mac depan namun ia ditambah tiga hari lagi dari 7 hingga 9 Mac depan.

Ini menjadikan persembahan penyanyi lagu Blank Space itu di Kota Singa kepada enam hari menyamai konsert Coldplay yang berlangsung di Singapura pada Januari lalu.

Singapura menjadi satu-satunya lokasi konsert The Eras Tour di Asia Tenggara dan perhentian kedua di Asia selepas Tokyo, Jepun.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan You

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain