BAPA kepada Muhammad Fardhana iaitu Dharsyi Akib berharap anaknya itu segera bernikah dengan penyanyi Ayu Ting Ting. Menurut laporan Tribunnews, Dharsyi bagaimanapun berkata dia masih belum mengetahui tarikh pasangan itu bakal disatukan. “Saya kalau boleh mahu cepat, lagi cepat lagi bagus. “Tapi belum tahu lagi tarikh nikah, ini kan baru lamaran sahaja,” katanya. ARTIKEL BERKAITAN: Sebulan kenal terus tunang, Ayu Ting Ting dedah sebab pilih tentera jadi calon suami ARTIKEL BERKAITAN: Ayu Ting Ting pilih tentera pangkat kolonel sebagai bakal suami, dilaporkan sudah bertunang Dalam pada itu, Dharsyi berkata dia sebagai orang tua sentiasa menyokong apa jua pilihan anaknya dan tidak pernah mengambil kira latar belakang bakal menantu. “Kalau dah nama orang tua, nak nikah atau kahwin silakan. “Saya tak mahu tahu latar belakang sesiapa pun, asalkan mereka saling menyukai, silakan (kahwin),” ujarnya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan You TONTON VIDEO PILIHAN!