suria

Bapa meninggal pada usia muda, Raffi Ahmad takut umur tak panjang

Raffi tak bersedia tinggalkan anak-anak pada usia muda.

PELAKON Raffi Ahmad meluahkan rasa bimbang sekiranya dirinya meninggal dunia pada usia muda seperti Allahyarham bapanya.

Raffi, 37, berkata, bapanya meninggal dunia pada usia 47 tahun dan itu meninggalkan kesan trauma pada dirinya.

"Saya sebenarnya ada trauma, ayah saya itu meninggal dunia pada usia 47 tahun.

rafffi

Raffi bersama isteri dan dua orang anak lelakinya.

"Jadi saya takut kalau saya juga meninggal dunia pada usia itu," katanya.

Raffi berkongsi kebimbangan itu menerusi temu bual sebuah program podcast di saluran YouTube.

Lebih membimbangkan dirinya apabila dua orang anak lelakinya juga masih kecil.

ARTIKEL BERKAITAN: Raffi Ahmad dituduh curang, kantoi tengah video call dengan bekas pekerja dalam bilik

ARTIKEL BERKAITAN: Isteri Raffi Ahmad pakai beg tangan RM16,500 ketika hantar bantuan Palestin, netizen sempat sindir rekaan tak nampak mewah

Bagaimanapun dia percaya trauma tersebut sekadar permainan psikologinya namun tidak mampu membuang perkara itu.

Tidak hanya itu, dia juga gagal memenuhi pemintaan bapanya sebelum meninggal membuatkan dirinya dipenuhi rasa menyesal.

"Sebelum ayah meninggal dia sempat minta kami sekeluarga bergambar bersama namun saya tak tunaikan. Sampai sekarang saya menyesal," luahnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain