suria

Penantian 10 tahun peminat berakhir, konsert CNBLUE di Kuala Lumpur 20 April

CNBLUE kembali ke Malaysia selepas kali terakhir buat persembahan pada 10 tahun.

PENANTIAN 10 tahun peminat CNBLUE menyaksikan persembahan kumpulan itu di Malaysia bakal berakhir.

Kumpulan popular dari Korea Selatan itu bakal singgah di Kuala Lumpur bagi menjayakan 2024 CNBLUE Live CNBLUENTITY pada 20 April depan.

Konsert anjuran Hit Maker Entertainment dan Lo-Fi Entertainment itu bakal berlangsung di Mega Star Arena, KL pada pukul 8 malam.

size NP 1 (36)

CNBLUE dianggotai tiga orang ahli iaitu Jungshin (kiri), Yonghwa dan Minhyuk.

Kehadiran mereka nanti pastinya bakal membuatkan peminat mengenang kembali lagu-lagu popular CNBLUE seperti I'm a Loner, I'm Sorry, Love and Can't Stop dan banyak lagi.

Selain itu, CNBLUE juga akan menghiburkan peminat dengan lagu-lagu terbaharu serta beramah mesra dengan peminat setia mereka yang digelar BOICE.

CNBLUE dianggotai oleh Yonghwa selaku vokalis utama dan gitar, Minhyuk (pemain dram) dan Jungshin (pemain bas).

ARTIKEL BERKAITAN: Bukan sekadar konsert biasa, Cha Eun Woo janji buat penonton jatuh cinta kepadanya dalam tempoh 10 minit

ARTIKEL BERKAITAN: CNBLUE Mahu Dilihat Sebagai Kumpulan Rock

Sepanjang kerjaya mereka, band ini telah merakamkan lagu dalam bahasa Korea, Jepun, Inggeris dengan diskografi yang merangkumi 11 album studio, 14 album mini (EP), 33 single dan tiga album kompilasi.

Kumpulan ini juga menerima pelbagai anugerah seperti Golden Disc Awards, Mnet Asian Music Awards (MAMA) dan Melon Music Awards.

Selain muzik, ketiga-tiga ahli itu juga berbakat dalam bidang lakonan dan sering muncul dalam K-drama.

CNBLUENTITY merupakan nama bagi konsert jelajah band berkenaan.

Yonghwa pernah popular menerusi siri komedi Brain Works dan Minhyuk membintangi drama popular Celebrity tahun lalu.

Jungshin pula memainkan peranan utama dalam drama komedi romantik Shooting Stars dua tahun lalu.

Tiket menyaksikan 2024 CNBLUE Live CNBLUENTITY in Kuala Lumpur akan mula dijual pada jam 12 tengah hari, 29 Februari ini menerusi laman web TicketingTix.

Tiket dijual pada harga RM798, RM698, RM598 dan RM398.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain