suria

Nikita Willy sedih keguguran, impian timang anak kedua tak kesampaian

Nikita Wiily gugur anak kedua.

BARU-BARU ini pelakon Nikita Willy mengejutkan peminat apabila berkongsi khabar duka mengenai dirinya yang mengalami keguguran.

Nikita atau Nikita Purnama Willy, 30, berkata dia sedih namun reda apabila belum diberikan rezeki menimang zuriat untuk kali kedua.

Difahamkan pelakon drama Puteri Yang Ditukar itu mengalami keguguran sewaktu usia kandungannya berusia tujuh minggu dan berita sedih itu dikongsikan menerusi satu video di Instagram pada Isnin lalu.

nikitaaa

Nikita sedih kandungan mampu bertahan selama tujuh minggu saja.

Dalam perkongsian itu, Nikita turut meluahkan rasa syukur kerana mendapat sokongan daripada suami tercinta iaitu Indra Priawan Djokosoetono yang sentiasa berada di sisinya.

“Indra telah menjadi tulang belakang kehidupanku saat ini sewaktu saya rasa nak jatuh dan terduduk," tulisnya.

Antara faktor utama keguguran Nikita disebabkan kehamilan yang abnormal (tidak normal) dan kandungannya itu tidak mampu bertahan lama selama sembilan bulan.

ARTIKEL BERKAITAN: Ramai geram tengok anak Nikita Willy, mirip pelakon Korea Wi Ha Joon

ARTIKEL BERKAITAN: Nikita Willy rai pesakit kanser di hospital sempena ulang tahun pertama anak

Dalam pada itu, Nikita sempat berpesan kepada semua wanita senasib dengannya supaya tidak bersendirian dan mencari rakan sekeliling yang dapat menaikkan semula semangat.

"Kepada anda semua diluar sana harap jangan bersendirian dan cari rakan yang boleh bantu anda disaat tengah getir," ujarnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain