suria

Dituduh bersubahat kematian anak demi wang, ejen insurans sahkan Dante tidak dilindungi insurans

Tamara kehilangan anak lelaki pada Januari lalu.

BEKAS ejen insurans mendedahkan anak kepada pelakon Tamara Tyasmara tidak pernah didaftarkan dalam sebarang polisi bagi melindungi nyawanya.

Detik.com melaporkan ejen insurans berkenaan iaitu Zee Swan sebaliknya memberitahu Allahyarham Raden Andante Khalid Pramudityo atau Dante hanya dilundungi dibawah polisi kesihatan namun ia sudah ditamatkan sejak Disember 2022.

"Insurans yang dimiliki Dante sebelum ini bukanlah insurans nyawa tetapi polisi kesihatan untuk membiayai perubatan di hospital.

tamara1 - 1

Tamara didakwa bersubahat atas kematian anaknya.

"Kalau insurans nyawa memang tidak ada. Lagi pun insurans kesihatan Dante juga sudah tamat tempoh," katanya.

Dalam pada itu, Zee Swan memberitahu Tamara pernah mengeluarkan wang sebanyak RM6,000 untuk membiayai rawatan Dante pada 2023.

Malah, aktres berkenaan hanya mengambil insurans nyawa untuk diri sendiri namun difahamkan ia juga sudah dibatalkan atas alasan peribadi.

ARTIKEL BERKAITAN: Tamara Tyasmara dikawal polis, menyesal tinggalkan anak dengan kekasih

ARTIKEL BERKAITAN: Senyuman dalam foto dikecam peminat, rakan tampil pertahan Tamara Tyasmara masih bersedih kehilangan anak

"Pada 2023 Dante pernah sakit dan masuk ke hospital. Tamara membayar sendiri kos rawatan sehingga RM6,000 kerana insurans kesihatan anaknya tidak lagi boleh digunakan.

"Tamara sendiri sebenarnya membuat insurans nyawa tetapi juga tidak dapat diteruskan kerana alasan peribadi," ujarnya.

Sebelum ini, netizen membuat spekulasi mendakwa Tamara bersubahat dengan teman lelakinya iaitu Yudha Arfandi untuk mendapatkan wang insurans daripada kematian anaknya.

Pada 27 Januari lalu, Dante, 6, meninggal dunia selepas lemas di sebuah kolam renang awam.

tamara2 - 1

Dante (kiri) meninggal dunia akibat lemas.

Bagaimanapun pada 6 Februari lalu, kubur mangsa digali semula selepas pihak polis mendapati terdapat unsur jenayah yang menjadi penyebab kematian kanak-kanak lelaki itu.

Hasil siasatan menerusi kamera litar tertutup (CCTV) mendedahkan Dante yang sedang duduk ditepi kolam renang ditarik oleh Yudha sebelum kepalanya dibenamkan di dalam air sebanyak 12 kali.

Dante merupakan anak tunggal Tamara hasil perkahwinannya bersama pemuzik Angger Dimas.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan You

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain