suria

Sedar babak dalam ‘Saltburn’ kena kecam, Barry Keoghan sudah buat persiapan awal

Lakonan Keoghan dalam Saltburn menjadi bualan ramai.

BABAK menari dalam keadaan berbogel dalam filem Saltburn lakonan oleh Barry Keoghan menarik perhatian ramai sehingga ada menganggap ia keterlaluan.

Sedar perkara itu menjadi bualan ramai, Keoghan, 32, memberitahu dia sudah bersedia dengan semua kecaman sebelum bersetuju melakukan aksi berkenaan.

"Apabila terlalu banyak membaca perkara begitu (kecaman) ia boleh memudaratkan fikiran atau memberi kesan kepada kesihatan mental.

keaghon 1

Keoghan tiada masalah melakonkan babak berbogel.

"Saya tidak akan melakonkan babak tersebut sekiranya tidak bersedia dengan perkara ini atau bersikap tidak terbuka menerima pendapat orang," katanya dalam satu temu bual.

Pelakon ini juga sekali lagi mencuri tumpuan apabila berani tampil tanpa seurat benang menjayakan sesi fotografi promosi filem berkenaan.

Menerusi Saltburn yang ditayangkan tahun lalu, Keoghan memegang watak sebagai Oliver, seorang lelaki psiko yang menyimpan rahsia tersendiri.

ARTIKEL BERKAITAN: Kim Kardashian edit kapsyen IG selepas dikecam minat seni bina, netizen kaitkan isteri baharu Kanye West

ARTIKEL BERKAITAN: Ed Sheeran dapat hadiah tali jam jenama tempatan Singapura, siap pakai ketika konsert

Babak akhir filem berkenaan menyaksikan dia menyanyi dan menari dalam keadaan bogel dalam sebuah rumah banglo milik rakannya, Felix Catton (lakonan Jacob Elordi).

Bercakap lanjut, Keoghan menyifatkan adegan berbogel itu bukanlah satu perkara asing kerana ia sering dilakukan ketika bersendirian.

"Saya juga berjalan dalam keadaan bogel di dalam rumah. Kita akan menyanyi ketika sedang mandi dan itu antara perkara biasa dilakukan ketika bersendirian," jelasnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain