suria

Kyuhyun adakan konsert di Malaysia April depan, kemunculan pertama selepas bergerak solo

Kyuhyun janjikan persembahan yang memuaskan untuk peminatnya.

PENYANYI Kyuhyun bakal mengubati rindu peminat menerusi 2024 KyuHyun Asia Tour Restart yang akan diadakan di Kuala Lumpur pada 13 April depan.

Ini merupakan konsert pertama Kyuhyun di Malaysia selepas memilih bergerak secara solo sejak tahun lalu.

Pada konsert kali ini, Kyuhyun berjanji akan memberi persembahan yang menyegarkan kepada peminat Malaysia.

kyun

Konsert pertama Kyuhyun di Malaysia ubati peminat.

Kyuhyun yang juga anggota Super Junior merupakan salah satu daripada tiga penyanyi utama dalam kumpulan itu yang sentiasa mendapat perhatian ramai.

Malah lagu-lagu baladanya sering menjadi siulan dalam kalangan peminat mereka.

Bagaimanapun kali ini Kyuhyun bakal menampilkan kelainan apabila mula membawa genre pop rock dalam karyanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Penantian 10 tahun peminat berakhir, konsert CNBLUE di Kuala Lumpur 20 April

ARTIKEL BERKAITAN: Kyuhyun Super Junior cedera, diserang wanita tak dikenali guna pisau

Dia juga tidak pernah mencuba genre seperti ini yang sebenarnya boleh menyerlahkan lagi bakat terpendamnya.

Sejak hari pelancaran albumnya berjudul EP Restart telah mengungguli Carta Album Teratas iTunes di 14 negara menjadikan ia sebagai rekod terbaik peribadinya.

Konsert anjuran Antenna dan WebTVAsia ini bakal berlangsung di Mega Star Arena KL pada pukul 8 malam.

kyunn

Kyuhyun janjikan persembahan yang memuaskan hati untuk peminat.

Tiket menyaksikan 2024 KyuHyun Asia Tour Restart di Kuala Lumpur bakal mula terjual pada pukul 11 pagi 1 Mac menerusi laman web Bookmyshow.

Harga tiket bermula RM698, RM588, RM368 dan RM268.

Jadi KYUpiters dan ELFS jangan lepaskan peluang ini untuk mendapatkan tiket untuk menghadiri konsert solo pertama Kyuhyun!

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain