suria

Simpan foto bogel remaja bawah umur, produser filem anime ditahan polis

Itou didakwa terlibat dalam aktiviti tidak senonoh.

PENERBIT filem anime, Kouichirou Itou ditahan pihak polis atas tuduhan melakukan perbuatan tidak senonoh terhadap remaja bawah umur.

Itou ditahan pada 21 Februari lalu selepas namanya terkait apabila pihak polis menjalankan siasatan terhadap kes pelacuran melibatkan kanak-kanak.

Hasil siasatan mendapati Itou menyimpan gambar bogel remaja berusia 15 tahun yang dikenalinya sekitar September 2021.

itou 2

Itou mengaku menerima gambar lucah kanak-kanak.

Itou mengaku kesilapan yang dilakukan namun memaklumkan dia tidak mengetahui secara terperinci maklumat individu berkenaan.

"Saya menerima banyak gambar kanak-kanak perempuan bawah umur sebelum ini, namun saya tidak ingat gambar tersebut milik siapa," ujarnya kepada pihak berkuasa.

Beberapa laporan media Jepun turut menyebut Itou pernah membayar gadis berkenaan dengan wang berjumlah hampir RM40,000 bagi tujuan mendapatkan gambar tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: Park Min Young dapatkan rawatan psikiatri, tertekan dituduh terlibat penggubahan wang haram

ARTIKEL BERKAITAN: Keluar kata kesat terhadap peminat, Kim Ji Wong didesak tinggalkan Zerobaseone

Untuk rekod, Itou merupakan produser anime terkenal yang pernah menerbitkan filem-filem seperti After School Midnighters, Weathering Withy You dan Your Name.

Sementara itu, penulis filem Your Name iaitu Makoto Shinkai dalam satu kenyataan meluahkan rasa kecewa dan terkejut apabila seseorang yang terlibat dalam penghasilkan karyanya melakukan perbuatan tidak bermoral itu.

"Saya membaca berita tentang penahanan orang yang berkaitan dengan hasil kerjaya saya. Perkara itu amat mengejutkan saya.

"Saya bersimpati terhadap mangsa dan memohon maaf kerana telah menimbulkan rasa bimbang orang ramai. Mungkin ramai yang meragui karya saya, namun perkara ini tidak akan menjejaskan setiap hasil kerja di masa akan datang," ujarnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain