suria

2 tahun hilangkan diri, Wendy Williams derita penyakit nyanyuk

Keadaan terkini Wendy (kanan).

DUA tahun menghilangkan diri, pengacara sensasi Wendy Williams disahkan menghidap dementia atau nyanyuk disebabkan mengalami kemerosotan fungsi otak.

Tidak hanya itu, Wendy, 59, juga menderita penyakit afasia yang menyebabkan kelancaran atau kebolehan berkomunikasi terjejas.

Menerusi kenyataan media dikeluarkan oleh pasukan kesihatan Wendy, pengacara itu disahkan menghidapi dua penyakit tersebut sejak Mei 2023.

Wendy 1

Williams merupakan pengacara bagi program The Wendy Williams Show.

"Pengumuman ini dikeluarkan bagi membetulkan khabar angin tidak tepat mengenai masalah kesihatan Wendy.

"Keputusan berkongsi berita ini sangat sukar dan ia dibuat selepas membuat pertimbangan teliti.

"Bukan sahaja untuk memberi sokongan dan ihsan kepada Wendy tetapi ia untuk meningkatkan kesedaran tentang penyakit demensia dan afasia," kata kenyataan tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: Pelakon ‘Captain Marvel’ meninggal dunia selepas 5 tahun derita ALS

ARTIKEL BERKAITAN: 3 helai rambut anggota kumpulan IVE dibida RM70,000, penjual sedia lakukan ujian DNA

Wendy sebelum ini cukup terkenal dengan program The Wendy Williams Show yang bersiaran sejak 2008 sehingga 2022.

Program tersebut cukup terkenal dalam kalangan peminat kerana sikap Wendy yang suka berterus terang tentang sesuatu perkara.

Sebuah dokumentari tentang kehidupan dan kehilangan Wendy juga disiarkan sebanyak dua episod pada 24 dan 25 Februari lalu.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain