suria

Gaun lutsinar Moon Ga Young macam baju dalam, peminat syak pakai sebab terpaksa

Ga Young

PEMINAT meluahkan rasa kurang senang melihat pemilihan pakaian pelakon Moo Ga Young ketika menghadiri Minggu Fesyen Milan 2024 baru-baru ini.

Bintang drama True Beauty itu tampil seksi dengan mengenakan gaun lutsinar yang menampakkan bentuk tubuh dan pakaian dalamnya.

Ga Young, 28, muncul bersama anggota kumpulan NCT iaitu Do Young ketika menghadiri pertunjukan fesyen jenama Dolce & Gabbana bagi koleksi musim panas 2024.

size NP 1 (40)

Ga Young hadir bersama Doyoung NCT di Minggu Fesyen Milan 2024.

Peminat meluahkan rasa kurang selesa dengan penampilan Ga Young yang disifatkan sebagai tidak tahu malu seolah-olah hanya memakai pakaian dalam sahaja.

"Coli dipakai terlalu kecil dan pakaiannya pula tidak seimbang... Macam pakai baju dalam sahaja!

ARTIKEL BERKAITAN: Tujuh bulan di set penggambaran 'True Beauty' ajar Moon Ga Young banyak perkara, minta peminat tonton drama lama jika rindu

ARTIKEL BERKAITAN: Isteri Kanye West berbogel dalam hujan, hanya pakai ponco lutsinar

"Ga Young pula nampak macam tak selesa dalam pakaian tersebut. Mungkin pakai sebab terpaksa," komen netizen.

Tahun lalu, supermodel terkenal dunia Naomi Campbell pernah memperagakan pakaian sama ketika pertunjukan fesyen Dolce & Gabbana tahun lalu.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain