suria

Ada rekod sebagai bekas banduan, kerajaan UK batal konsert Ja Rule saat akhir

Ja Rule belanja duit sendiri untuk penganjuran konsert jelajah.

PENYANYI Ja Rule meluahkan rasa terkilan apabila kerajaan United Kingdom membatalkan konsert jelajah yang dijadualkan bermula 1 Mac ini pada saat akhir.

Ja Rule tidak dibenarkan memasuki negara berkenaan kerana dia pernah menjalani hukuman penjara sebelum ini.

Bukan itu sahaja, pembatalan tersebut juga menyebabkan penyanyi itu mengalami kerugian besar selepas melabur wang sendiri bagi menganjurkan konsert berkenaan.

ja rule 2

Ja Rule sepatutnya mengadakan konsert di 10 lokasi di UK.

"Saya sangat kecewa sebab sudah mengeluarkan belanja jutaan dolar untuk produksi, konsert saya dibatalkan beberapa hari sebelum ia berlangsung.

"Ini tidak adil buat saya dan peminat kerana hampir 85 peratus tiket telah dijual untuk semua lokasi," katanya.

Konsert Ja Rule Sunrise Tour sepatutnya bermula pada 1 Mac di bandar Cardiff dan berakhir di Glasgow, Scotland pada 17 Mac.

ARTIKEL BERKAITAN: Adele tangguh 10 tarikh konsert di Las Vegas, alami masalah peti suara

ARTIKEL BERKAITAN: Bapa Taylor Swift disiasat polis kerana didakwa serang paparazi

Selain itu, Ja rule akan mengadakan konsert di sembilan lokasi lain termasuk London, Liverpool, Dublin dan Newcastle.

Untuk rekod, Ja Rule pernah menjalani hukuman penjara selama dua tahun atas kesalahan senjata api dan mengelak cukai.

Dia dibebaskan pada Mei 2013.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain