suria

Akshay Kumar cari masa ‘me time’ bangun pukul 4 pagi, tenang isteri dan anak tidur

Akshay bangun seawal pukul 4 pagi untuk mencari masa bersendirian.

PELAKON Akshay Kumar mendedahkan rutin hariannya bangun seawal pukul 4 pagi bagi mendapatkan masa bersendirian.

Mengulas mengenai rutinnya itu, Akshay, 57, turut menasihat peminat untuk mencari masa beberapa jam dalam sehari untuk diri sendiri.

Kata pelakon Bollywood itu, dia akan tidur sekitar pukul 9 malam dan bangun awal pagi sewaktu isteri dan anak-anaknya masih terlena.

akshay1 - 1

Akshay bersama isterinya, Twinkle.

"Hari saya bermula pada pukul 4 pagi atau 4.30 pagi. Saya tidur awal pada pukul 9 malam atau 9.30 malam.

"Itulah satu-satunya masa lapang yang saya dapat dengan diri sendiri kerana waktu itu isteri dan anak-anak sedang tidur. Tiada tekanan!” katanya kepada IndianExpress.

Dalam pada itu, pelakon filem Singh Is Bling ini memberitahu setiap lelaki memerlukan dua hingga tiga jam, di mana mereka perlu masa untuk bersendirian.

ARTIKEL BERKAITAN: Akshay Kumar minum air kencing lembu setiap hari, percaya dapat lawan Covid-19

ARTIKEL BERKAITAN: Banyak lagi perkara yang Akshay Kumar mahu lakukan dalam bidang seni

Tambah Akshay, dia tidak akan bermain telefon bimbit ketika itu dan mengambil peluang meluangkan masa sepertu bersenam.

"Tiada telefon, tiada Instagram (media sosial). Kemudian saya akan bersenam selama sejam atau sejam 30 minit sebelum isteri dan anak-anak terjaga.

"Apabila keluarga saya sudah bangun dari tidur, saya akan bersarapan dan pergi kerja seperti biasa," ujarnya.

Untuk rekod, Akshay mendirikan rumah tangga dengan pelakon Twinkle Khanna pada 17 Januari 2001.

Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Aarav, 22, dan Nitara, 12 tahun.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan Youtube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain