BAPA kepada penyanyi Taylor Swift iaitu Scott Swift dilaporkan sedang disiasat polis kerana didakwa menyerang seorang paparazi di Sydney, Australia. Memetik laporan TMZ, Scott didakwa bertindak agresif terhadap seorang jurugambar yang dikenali sebagai Ben McDonald, 51. Ben memfailkan aduan kepada pihak berkuasa di New South Wales menyatakan terdapat dakwaan serangan seorang lelaki berusia 71 tahun dipercayai bapa kepada penyanyi berkenaan. Taylor sering mendapat perhatian pihak media dan peminat. Insiden berlaku di Sydney's North Shore di Neutral Bay Wharf sekitar pukul 2 pagi Selasa apabila Taylor dan pasukannya didakwa diancam oleh paparazi. Dalam pada itu, wakil daripada pihak Taylor memberitahu mereka diserang secara agresif oleh dua individu dan diugut untuk mencampakkan salah seorang pekerja wanita ke dalam air. Bagaimanapun, Ben yang juga merupakan Ketua Eksekutif Matrix Media Group memberitahu dakwaan mengancam pekerja wanita mereka adalah palsu. ARTIKEL BERKAITAN: Pura-pura romantis depan kamera, netizen dakwa hubungan cinta Taylor Swift dan Travis Kelce hanya lakonan ARTIKEL BERKAITAN: PM Thailand dakwa Singapura bayar Taylor Swift untuk tidak anjur konsert di negara Asean lain "Wanita mana yang mereka (wakil Taylor) maksudkan? Satu-satunya wanita yang ada pada waktu itu ialah Taylor. "Selama 23 tahun saya mengambil gambar, saya tidak pernah melihat perkara seperti itu. Dia turun dari bot, dia berjalan ke arah pengawal keselamatan dan menghayun sekaki payung ke arah muka kami," katanya. Malah Ben turut menceritakan dia ditumbuk oleh seorang lelaki yang dipercayai bapa kepada penyanyi lagu Blank Space itu. "Dia (Scott) menumbuk saya. Pada mulanya saya tidak tahu siapa dia tetapi saya melihat dalam foto dia berpegangan tangan dengan Taylor dan rupa-rupanya dia adalah bapa penyanyi itu," ujarnya. Pihak polis kini sedang melakukan siasatan lanjut untuk menentukan sama ada terdapat unsur jenayah yang dilakukan atau tidak. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan Youtube TONTON VIDEO PILIHAN!