suria

Diddy didakwa lakukan serangan seksual terhadap pekerja lelaki pula, kali ini berdepan saman RM143 bilion

size NP 1 (44)

PENYANYI rap Sean 'Diddy' Combs berdepan tindakan undang-undang atas satu pertuduhan yang dibuat oleh pekerja lelakinya.

Ini selepas penerbit muzik Rodney 'Lil Rod' Jones memfailkan saman berhubung serangan seksual yang dibuat oleh Diddy pada Isnin.

Jones mendakwa penyanyi rap itu membuat serangan seksual yang tidak diingini serta memaksanya untuk mengupah pekerja seks menjalin hubungan dengan mereka.

size NP 1 (44)

Diddy didakwa melakukan serangan seksual kepada Jones.

Dalam masa sama, Jones juga mendakwa dia tinggal bersama Diddy dari September 2022 hingga November 2023 dan berulang kali menjadi mangsa gangguan seksual artis berkenaan.

Semasa bersama Diddy, Jones berkata dia sempat merakam audio dan video melibatkan aktiviti mereka yang menyalahi undang-undang.

Selain itu, Jones menyatakan bahawa dia diraba dan anggota badannya disentuh secara berterusan tanpa kebenaran dan terpaksa bekerja di bilik mandi Diddy ketika sedang berbogel.

Antara tuntutan dalam saman itu, Jones meminta ganti rugi sebanyak USD30 bilion (RM143 bilion).

ARTIKEL BERKAITAN: Dipaksa lakukan seks dengan ramai lelaki, penyanyi Cassie saman P. Diddy

ARTIKEL BERKAITAN: Kes saman selesai cara baik tapi bersyarat... P. Diddy siap doakan Cassie dan keluarga

Malah, Jones mendakwa Diddy memberikannya ubat pelali pada 2 Februari tahun lalu dan menyedari dia berada dalam keadaan bogel di atas katil bersama penyanyi rap itu serta dua orang pekerja seks.

Sementara itu, Peguam Diddy iaitu Shawn Holley, berkongsi kenyataan dengan media menyangkal dakwaan Jones.

"Jones tidak lebih daripada seorang pembohong yang memfailkan tuntutan mahkamah USD30 bilion (RM143 billion) tanpa segan silu. Kami mempunyai bukti yang kukuh dan dakwaan Jones adalah satu pembohongan yang lengkap.

"Percubaan kami untuk berkongsi bukti ini dengan peguam Jones iaitu Tyrone Blackburn, telah diabaikan, kerana Blackburn enggan membalas panggilan kami.

Jones tidak lebih daripada seorang pembohong yang memfailkan tuntutan mahkamah USD30 bilion (RM143 billion) tanpa segan silu

SHAWN HOLLEY

PEGUAM DIDDY

"Kami akan menangani dakwaan aneh ini di mahkamah dan mengambil semua tindakan yang sewajarnya terhadap mereka yang membuatnya,” katanya.

Untuk rekod, Diddy telah menjadi sasaran pelbagai saman serangan seksual sejak bekas teman wanitanya, penyanyi Cassie Ventura, memfailkan tindakan sama pada November tahun lalu.

Seminggu kemudian, dua saman lain telah difailkan terhadap Diddy yang didakwa melakukan perkara lucah dan serangan balas dendam.

Pada Disember tahun lalu, seorang wanita memfailkan saman mendakwa Diddy merogolnya pada tahun 2003, namun penyanyi rap itu membuat kenyataan umum pada bulan itu dengan menulis di media sosial memberitahu dia tidak melakukan apa-apa perkara buruk seperti yang didakwa.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain