suria

Akhirnya agensi sahkan Lee Jae Wook dan Karina Aespa sedang bercinta

Karina dan Lee bercinta

KHABAR angin mengenai hubungan istimewa selebriti Korea iaitu Lee Jae Wook dan Karina Aespa akhirnya terjawab apabila mereka disahkan sedang bercinta.

Menurut laporan Dispatch, mereka dikatakan mula berkenalan penghujung tahun lalu sebelum menjalinkan hubungan cinta.

Menguatkan lagi dakwaan itu, agensi naungan Lee Jae iaitu Cjes Studio turut mengeluarkan kenyataan tidak menafikan berita tersebut.

ZZZ

Lee dan Karina mula jalinkan hubungan sewaktu hadiri acara butik Prada di Milan.

Malah, agensi juga membenarkan pasangan ini untuk lebih mengenali hati budi dan berjumpa dengan lebih kerap.

"Mereka berdua sekarang mula mengenal antara satu sama lain buat masa ini.

"Walaupun Lee Jae Wook sedang penggambaran drama saat ini, hal ini kisah peribadinya jadi kami tak mahu campur tangan lebih harap semua faham," tulis agensi dalam satu kenyataan.

ARTIKEL BERKAITAN: Karina Aespa kongsi detika seram naik lif, dibawa ke tingkat tak wujud!

ARTIKEL BERKAITAN: Dituduh geli naik kereta bukan jenama mewah, rupanya Jennie elak bentuk payudara terakam kamera

Sementara itu, Dispatch dalam laporannya menyebut Karina dan Lee Jae Wook bercinta sejak 14 Januari lalu dan hubungan itu mula terjalin sewaktu mereka menghadiri acara busana butik Prada di Milan.

Tidak terhenti disitu, hubungan percintaan mereka kian hangat apabila dilihat sering menghabiskan waktu bersama di Seoul, Mila, dan Itali.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain