suria

Enam tahun kahwin, Deepika Padukone akhirnya umum sudah hamil

Deepika dan Ranveer sudah berkahwin sejak enam tahun lalu.

SELEPAS enam tahun mendirikan rumah tangga, pelakon Bollywood, Deepika Padukone berkongsi berita gembira dia kini sedang hamil cahaya mata pertama.

Deepika memaklumkan mengenai perkara itu menerusi satu hantaran yang dimuat naik di Instagram pada Khamis.

deepika - 1

Perkongsian yang dimuat naik di Instagram milik Deepika dan Ranveer.

Pelakon filem Bajirao Mastani itu bagaimanapun tidak memberikan maklumat lanjut mengenai kehamilan itu dan hanya berkongsi poster seakan-akan memberi bayangan bayi itu akan dilahirkan pada September ini.

Sebelum ini sumber memberitahu The Week, Deepika sedang hamil dan usia kandungan memasuki trimester kedua.

ARTIKEL BERKAITAN: Deepika Padukone naik penerbangan kelas ekonomi, peminat meluat tetap pamer sikap sombong

ARTIKEL BERKAITAN: Membesar di Selatan India, Deepika Padukone pernah bimbang tak diterima di Bollywood

Deepika dan suaminya iaitu pelakon Ranveer Singh dikatakan bakal membuat pengumuman rasmi tidak lama lagi.

Spekulasi kehamilan Deepika bermula apabila aktres berkenaan dikatakan cuba menyembunyikan perutnya semasa melalui karpet merah di Anugerah British Academy Film Awards (BAFTA) ke-77 yang berlangsung di London, baru-baru ini.

Untuk rekod, Deepika dan Ranveer berkahwin pada 2018 dalam sebuah majlis tertutup di Lake Como, Itali.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan Youtube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain