PELAKON Rizky Billar berpendapat pendidikan peringkat universiti bukan satu keperluan atau perkara penting kerana dia membuktikan tanpa segulung ijazah tetap boleh berjaya dalam kehidupan. Rizky, 29, berkata, ilmu yang dipelajari di sekolah juga tidak banyak digunakan dalam kehidupan seharian melainkan pendidikan agama dan moral. "Bagi saya ijazah hanya penanda bahawa seseorang itu pernah belajar dan bukan tanda orang itu pernah berfikir. Rizky dan Lesti kini menguruskan syarikat milik bersama. "Dalam kehidupan sekarang hampir tidak ada pelajaran di sekolah yang saya gunakan selain tentang adab. saya belajar tentang banyak perkara ketika di alam pekerjaan," katanya. Rizky meluahkan pendapatnya itu menerusi laman X miliknya selepas seorang pengguna platform berkenaan secara tiba-tiba menghinanya hanya mempunyai kelulusan di peringkat sekolah menengah. ARTIKEL BERKAITAN: Terfikir tambah cahaya mata... Lesti dan Rizky Billar tukar nama anak pertama elak cemburu ARTIKEL BERKAITAN: Rizky Billar jual kereta Ferrari, takut terbiar sebab jarang pandu... “Kami sering guna kenderaan lain seperti Lamborghini” Menurut suami kepada penyanyi Lesti Kejora ini, dia kini mampu membina perniagaan sendiri dan ada dalam kalangan pekerjanya merupakan graduan universiti. "Orang yang dianggap hanya lulusan sekolah ini masih boleh bekerja dan membayar gaji ramai kakitangan. Rata-rata pekerja saya adalah lulusan universiti. "Tidak mendapat pendidikan tinggi bukan bermaksud seseorang itu ketinggalan. Saya juga tidak menetapkan standard ijazah untuk mencari pekerja. Sekiranya ada kemahiran, boleh terus hidup," jelasnya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!