suria

Rajinikanth dipuji naik pesawat kelas ekonomi, sanggup tunggu peminat mahu bergambar

Rajinikanth dipuji mempunyai sikap rendah diri.

PELAKON Rajinikanth mendapat perhatian ramai apabila dilihat menaiki pesawat kelas ekonomi dari Lapangan Terbang Kadapa, India menuju ke destinasinya.

Dalam perkongsian video tular di media sosial, pelakon filem Tamil itu meraih pujian kerana sikap rendah diri meskipun sudah memegang status bintang terkenal

Malah, Rajinikanth turut dilihat sempat berbual mesra dengan kakitangan pesawat tanpa menyembunyikan wajahnya dengan pelitup muka.

rajni1 - 1

Rajinikanth (baju biru) sanggup menunggu pemain kriket turun dari pesawat untuk merakamkan foto bersama.

"Siapa yang dapat duduk disebelah Rajinikanth adalah manusia paling beruntung.

"Pakaiannya pun ringkas hanya memakai t-shirt," tulis netizen.

ARTIKEL BERKAITAN: Rajinikanth Luang Masa Bertemu Peminat Sakit

ARTIKEL BERKAITAN: Rajinikanth Terkejut Rosyam Sanggup Jadi Pelakon Sampingan

Dalam pada itu, pelakon filem Kabali ini turut disapa oleh pasukan pemain kriket selebriti Chennai Rhinos yang turut menaiki pesawat yang sama.

Malah ketika meminta izin untuk bergambar, Rajinikanth dengan tidak sombong memberitahu dia sanggup menunggu pemain kriket yang lain turun dari pesawat untuk merakamkan foto bersama.

"Kami meminta izin untuk bergambar dengan dia (Rajinikanth) tetapi saya minta sedikit masa kerana perlu menunggu team pasukan yang lain turun dari pesawat.

"Dengan rendah diri dia memberitahu tidak mengapa, dia akan tunggu untuk bergambar dengan kami semua," kongsi pemain kriket tersebut.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan Youtube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain