KEMUNCULAN penyanyi Jennie Blackpink menerusi program realiti Apartment 404 sememangnya menjadi perhatian penonton. Menerusi salah satu babak di dalam rancangan tersebut, Jennie menawarkan diri memasak nasi untuk dihidangkan buat semua pelakon rancangan berkenaan. Ketika dalam keadaan huru-hara, gelagat Jennie membasuh beras dengan cara memerah beras itu menjadi perhatian tetamu program. Jennie terkejut melihat nasi yang ditanaknya menjadi bubur. Malah salah seorang tetamu iaitu Lee Jae Seok juga menegur Jennie kerana terlalu hairan dengan cara dia membasuh beras. Selepas bekerja keras, Jennie terkejut apabila nasi dimasaknya itu menjadi bubur. Dia juga memaklumkan nasi tersebut tidak boleh dimakan selain enggan memperlihatkan ia kepada orang ramai. ARTIKEL BERKAITAN: Dituduh geli naik kereta bukan jenama mewah, rupanya Jennie elak bentuk payudara terakam kamera ARTIKEL BERKAITAN: Jennie Blackpink pilih urus sendiri karier solo, tubuh syarikat Oddatelier "Tak boleh guna... tak menjadi," katanya. Perkara itu menjadi bualan ramai yang rata-rata mendakwa penyanyi berkenaan tidak pandai memasak nasi selain terhibur dengan keyakinannya ditunjukkan. "Apa dia cuba buat itu? Kenapa perah beras... Itu bukan santan. "Jennie tak tahu masak nasi... Sekarang semua orang tahu kelemahan dia," antara komen netizen. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!