suria

Sule pernah halang Rizky Febian kahwin muda, bimbang ikut langkah gagal dalam rumah tangga

Sule pernah halang Rizky kahwin muda.

PELAWAK Sule mendedahkan dia pernah menghalang anaknya iaitu Rizky Febian untuk berkahwin di usia muda.

Kata Sule atau Entis Sutisna, 48, dia pernah menasihati Rizky untuk bersabar dan berkahwin apabila tiba masa yang tepat.

"Dulu dia ingin berkahwin pada usia muda sekitar 22 tahun dan saya cakap jangan dulu.

rizky dan mahalini

Rizky Febian dan Mahlini bakal berkahwin tak lama lagi.

" Saya sebaliknya meminta untuk Rizky bersabar dan berkahwin pada usia yang tepat iaitu 26 tahun,"kata Sule.

Alasan pelawak itu menyatakan sedemikian kerana mahukan anaknya itu mempersiapkan diri sebelum memikul tanggungjawab sebagai seorang suami.

Malah dia risau jika anaknya itu mengulangi kesilapan sama yang pernah dilakukan olehnya dahulu.

ARTIKEL BERKAITAN: Perbezaan agama isu sensitif, Rizky Febian tetap akan kahwin Mahalini

ARTIKEL BERKAITAN: Gadis 18 tahun jadi teman wanita, Sule tak malu walau beza jarak usia... “Doakan untuk kami”

Menurut Sule, menikah muda tidak akan menjamin rumah tangga bahagia seperti yang diidamkan semua pasangan.

“Ini kerana berdasarkan pengalaman orang dulu, kalau nikah muda ni agak susah kerana masing-masing belum ada pengalaman cukup jadi akan berlaku peselisihan faham kelak," ujarnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain