KETIKA kisah cinta pelakon Lee Jae Wook bersama Karina Aespa sedang hangat menjadi perbualan netizen, tiba-tiba muncul pula khabar angin yang tidak enak berkaitan aktor itu. Menurut laporan TenAsia, Jae Wook didakwa telah meninggalkan kekasihnya yang merupakan seorang pelakon demi mengejar cinta Karina. Mereka dikatakan telah menjalinkan hubungan selama setahun namun berpisah pada Disember tahun lalu. Khabar angin tidak enak ganggu hubungan ae Wook dan Karina. Tidak lama kemudian, Jae Wook digosipkan pula bercinta dengan Karina. Lebih mengejutkan apabila khabar angin itu disahkan oleh orang terdekat Jae Wook sendiri. Bagaimanapun, agensi naungan Jae Wook iaitu Cjes Studio menyangkal dakwaan tersebut. Cjes Studio juga tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap individu yang cuba mencemarkan nama baik aktor berkenaan. ARTIKEL BERKAITAN: Akhirnya agensi sahkan Lee Jae Wook dan Karina Aespa sedang bercinta ARTIKEL BERKAITAN: Karina Aespa kongsi detika seram naik lif, dibawa ke tingkat tak wujud! Sebelum ini teka teki hubungan istimewa Jae Wook dan Karina terjawab apabila pihak agensi mengesahkan laporan tersebut. Pasangan itu mula bercinta sejak 14 Januari lalu dan hubungan itu mula terjalin sewaktu mereka menghadiri acara busana butik Prada di Milan. Tidak terhenti disitu, hubungan percintaan mereka kian hangat apabila dilihat sering menghabiskan waktu bersama di Seoul, Mila, dan Itali. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!