suria

Kim Bo Ra pilih pengarah Ghost Mansion sebagai calon suami

Kim Bo Ra dan Jo Ba Reun bakal berkahwin Jun depan.

PELAKON Kim Bo Ra bakal mendirikan rumah tangga dengan teman lelakinya yang juga pengarah drama Jo Ba Reun.

Berita tersebut disahkan sendiri oleh syarikat pengurusannya iaitu Noon Company yang memberitahu pasangan berkenaan bakal disatukan sebagai suami isteri pada Jun depan.

"Benar pasangan ini bakal berkahwin pada Jun nanti," kata wakil syarikat pengurusan berkenaan.

kimbora-2-1024x683

Pasangan ini mula bercinta sejak tiga tahun lalu.

Pernikahan Bo Ra dan Ba Reun bakal diadakan secara tertutup dan hanya akan dihadiri oleh kaum keluarga dan rakan terdekat pasangan itu.

Noon Company dalam kenyataan sama turut meminta peminat menyokong keputusan pasangan tersebut mendirikan rumah tangga serta mendoakan kebahagiaan mereka.

ARTIKEL BERKAITAN: Army tak sabar menanti kepulangan Jin BTS, tamat latihan tentera lagi 100 hari

ARTIKEL BERKAITAN: Tajam mata netizen... Lee Jong Suk hadir konsert IU, duduk sekali dengan penonton

Percintaan pasangan ini mula berputik apabila Bo Ra berlakon di bawah arahan Ba Reun menerusi drama bersiri Ghost Mansion yang ditayangkan tiga tahun lalu.

Hubungan mereka hangat diperkatakan dalam kalangan penggemar k-drama namun pasangan itu enggan memberi sebarang butiran mengenai percintaan mereka.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain