HUBUNGAN cinta anggota kumpulan Aespa iaitu Karina dengan aktor Lee Jae Wook nampaknya mendapat tentangan hebat peminat yang tidak merestui hubungan mereka. Kelab peminat Karina di China juga bertindak menghantar sebuah trak dengan papan elektronik memaparkan mesej kecaman di hadapan bangunan SM Entertainment sebagai tanda protes. Dalam mesej berkenaan, peminat menggesa Karina, 23, membuat permohonan maaf secara terbuka kerana mengkhianati peminat. Karina dan Jae Wook dilaporkan sedang bercinta. Tidak hanya itu, mereka turut mengugut tidak akan membeli sebarang album atau tiket konsert Aespa jika penyanyi itu enggan minta maaf. Peminat menyifatkan perbuatan Karina itu sendiri yang telah menghancurkan karier seninya yang dibina sejak tiga tahun lalu. ARTIKEL BERKAITAN: Baru sah bercinta, tiba-tiba muncul khabar angin Lee Jae Wook tinggalkan kekasih demi Karina Aespa ARTIKEL BERKAITAN: Akhirnya agensi sahkan Lee Jae Wook dan Karina Aespa sedang bercinta Tunduk dengan permintaan peminat, Karina tampil membuat permohonan maaf secara bertulis kepada peminat di Instagram miliknya. Karina dan Jae Wook, 25, dilaporkan mula menjalinkan hubungan cinta selepas bertemu di Minggu Fesyen Milan pada Januari lalu. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!