suria

Netizen sakit mata tengok Oki Setiana menari tapi ramai peminat ‘back up’... “Ustazah juga manusia biasa”

Tindakan Oki menari di TikTok mendapat perhatian ramai.

TINDAKAN pendakwah bebas Oki Setiana Dewi menari bersama dua adiknya iaitu Shindy Putri dan Ria Ricis menjadi bualan netizen.

Menerusi sebuah video yang dimuat naik di akaun TikTok Lambe Pedes Official, Oki bersama Shindy dan Ria dilihat mengikuti irama lagu dengan melompat dan menggerakkan tangan mereka.

oki3 - 1

Netizen membela Oki menyifatkan dirinya hanya manusia biasa.

Pun begitu, perkongsian video berkenaan mengundang pelbagai reaksi netizen dan ada yang membela Oki kerana menyifatkan tariannya tidak berlebihan.

"Tapikan dia cuma melompat-lompat dan tidak berlebih-lebihan.

ARTIKEL BERKAITAN: Suami Oki Setiana Dewi dakwa adik ipar tak disentuh punca fail cerai, Teuku Ryan pelik orang faham agama tergamak fitnah

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Dikecam netizen gara-gara ceramah suruh isteri diamkan diri walau dipukul... Oki Setiana Dewi mohon maaf, jelaskan video 3 tahun lalu

"Pendakwah juga manusia biasa. Joget sikit-sikit bolehlah, yang penting tidak pelik.

"Cukup ambil perkara yang baik, selebihnya tutup mata dan telinga," tulis netizen.

Pada 2009, nama Oki mendapat perhatian selepas membintangi filem Ketika Cinta Bertasbih gandingan bersama pelakon Kholidi Asadil Alam.

Susulan daripada kejayaan filem itu membuatkan Oki semakin tekun mendalami ilmu agama sehingga bergelar pendakwah bebas.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan Youtube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain