suria

Wulan Guritno tarik saman bekas kekasih, akhirnya sepakat selesai luar mahkamah

Wulan Guritno mahu kekasihnya kembalikan duitnya.

PELAKON Wulan Guritno membuat keputusan menarik semula saman yang dibuat terhadap bekas kekasihnya iaitu Sabha Ahessa atas dakwaan menipu wang sebanyak RM118,895

Keputusan itu dibuat setelah kedua-dua pihak mendapat kata sepakat menyelesaikan kes ini di luar mahkamah yang berlangsung di Mahkamah Negeri Jakarta Selatan pada Khamis.

Menurut peguam mewakili Wulan iaitu Ficky Fernando, selepas perbicaraan itu Wulan bersetuju untuk berdamai sekiranya bekas kekasih membayar kembali wang berkenaan.

wulan sabha

Wulan mahu bekas kekasih bayar kembali duitnya.

"Mereka sudah ada jalan penyelesaian dan akan berdamai tidak lama lagi dan akhirnya kami putuskan untuk menarik semula saman tersebut, " kata Ficky selepas selesai perbicaraan.

Difahamkan keputusan Wulan menyaman bekas kekasihnya itu setelah dia didakwa menggunakan wang pemberiannya untuk melakukan pengubahsuaian rumah miliknya itu tanpa pengetahuan.

Meskipun perbincangan sudah dibuat namun, peguam mewakili Wulan menjelaskan aktor itu gagal memberikan jumlah wang yang dipinta oleh Wulan kerana kurang daripada jumlah asal yang dipinta.

ARTIKEL BERKAITAN: Wulan Guritno tak halang anak gadis berlakon, tapi awal-awal pesan jangan bagi malu!

ARTIKEL BERKAITAN: Hubungan dengan Lee Jae Wook ditentang, peminat hantar trak depan agensi paksa Karina Aespa mohon maaf

"Pihak defenden tergugat dan ingin bayar wang tersebut tapi malangnya tidak dibayar seperti jumlah asal," ujar Ficky.

Sementara itu, Wulan Guritno dan Sabha tidak hadirkan diri sewaktu perbicaraan berlangsung dan kedua-duanya hanya diwakili peguam.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain