SELEPAS enam tahun menyulam cinta, vokalis kumpulan Coldplay iaitu Chris Martin akhirnya mengikat tali pertunangan bersama kekasihnya iaitu pelakon Dakota Johnson. Menurut sumber, pasangan tersebut sudah bertunang sebelum ini namun merahsiakan berita pertunangan itu. Mirror melaporkan, aktres filem 50 Shades of Grey itu sebelum ini dilihat menggayakan busana hijau zamrud dengan menyarung cincin pertunangan sewaktu meraikan ulang tahun kelahiran ke-34 di Los Angeles, Amerika Syarikat pada Oktober tahun lalu. Chris dan Dakota sudah enam tahun bercinta. Bercakap soal bakal menjadi ibu tiri kepada anak-anak Chris iaitu Apple dan Moses, menerusi satu temu bual bersama Bustle Magazine, Dakota mengakui teruja untuk merasai pengalaman menjadi seorang ibu. "Saya sangat sayangkan kanak-kanak dan kehidupan saya juga bergantung kepada mereka. Saya terbuka untuk bergelar seorang ibu. ARTIKEL BERKAITAN: Dakota Johnson buka cerita tentang kisah cinta dengan Chris Martin, suka habiskan masa di rumah ARTIKEL BERKAITAN: Dakota Johnson pakai cincin hijau beri bayangan sudah bertunang dengan Chris Martin? "Sekiranya saya berpeluang menjadi ibu, saya sanggup lakukan apa sahaja untuk anak-anak," katanya. Untuk rekod, Chris dan Gwyneth mendirikan rumah tangga pada Disember 2003, namun hubungan mereka berakhir pada 2014 dan secara rasmi bercerai pada 2016. Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Apple Blythe Alison Martin, 20, dan Moses Martin, 18 tahun. Dakota dan Chris bertemu pada 2017, setahun selepas berpisah dengan Gwyneth. Hubungan cinta antara Chris dan Dakota juga dikatakan mendapat restu bekas bekas isteri dan anak-anak mereka, Apple dan Moses. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan Youtube TONTON VIDEO PILIHAN!