ANGGOTA kumpulan New Jeans, Hanni mencuri perhatian netizen apabila memberitahu dia menyukai hidangan tempe. Hanni, 19, membuat pendedahan itu semasa ditemu bual bersama Majalah Marie Claire Korea, baru-baru ini. "Sekarang, saya gemar makan tempe," ujar Hanni dalam video tersebut. Hanni menjelaskan dia suka makan tempe dalam video wawancara bersama Marrie Claire. Hanni memberitahu dia mula menyukai tempe setelah diperkenalkan oleh anggota kumpulannya iaitu Danielle. "Dani mencadangkan saya mencuba tempe dan sejak itu saya menggemari makanan itu. Anda harus mencubanya juga," kata Hanni. Kenyataan Hanni itu membuatkan peminat khususnya yang berada di Indonesia dan Malaysia berasa teruja dan bangga. ARTIKEL BERKAITAN: Army tak sabar menanti kepulangan Jin BTS, tamat latihan tentera lagi 100 hari ARTIKEL BERKAITAN: Tajam mata netizen... Lee Jong Suk hadir konsert IU, duduk sekali dengan penonton "Wah, tempe semakin terkenal! "Tak sangka yang makanan kesukaan Hanni sama dengan saya. "Mari ke rumah saya, ibu saya suka goreng tempe," komen netizen. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!