ANUGERAH Oscar ke-98 yang sedang berlangsung pada Isnin dikejutkan dengan kemunculan pelakon John Cena dalam keadaan berbogel. John tampil di atas pentas dengan hanya menutup bahagian kemaluannya menggunakan kad penyampai dan memakai sandal Birkenstock ketika menyampaikan trofi bagi kategori Rekaan Kostum Terbaik. Pelakon bertubuh sasa itu juga kelihatan malu-malu apabila orang mula bersorak terhadapnya. John perlukan bantuan Kimmel untuk membaca kad penyampai pemenang. "Kostum, sangat penting. Mungkin benda paling penting. "Tapi saya tidak boleh buka kad penyampai," katanya semasa di atas pentas. Memandangkan dia tidak dapat membaca kad penyampai tersebut, pengacara Kimmel keluar dan membantunya menyampaikan anugerah berkenaan. ARTIKEL BERKAITAN: ‘Heels’ 8 inci punya fasal, pelakon ‘Transformers’ dapat malu jatuh di karpet merah Oscar ARTIKEL BERKAITAN: Lukisan G-Dragon masuk lelongan, harga bidaan bermula RM117,000 Bagaimanapun ketika John ingin menyerahkan anugerah kepada pemenang, dia dilihat telah mengenakan pakaian seperti langsir untuk menutup sebahagian tubuhnya. Penampilan John itu juga mengingatkan kenangan Anugerah Oscar 1974 di mana seorang lelaki bogel berlari di pentas ketika acara menyambut kehadiran Elizabeth Taylor. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!