suria

‘Heels’ 8 inci punya fasal, pelakon ‘Transformers’ dapat malu jatuh di karpet merah Oscar

Liza tergolek semasa berjalan di karpet merah.

PELAKON Liza Koshy terpaksa menahan malu apabila terjatuh di hadapan orang ramai ketika berjalan di acara karpet merah Anugerah Oscar yang berlangsung pada Isnin.

Aktres filem Transformers: Rise of the Beasts itu terjatuh selepas gagal mengimbangi badan disebabkan memakai kasut tumit tinggi lapan inci.

Bagi menutupi perasaan malu, aktres berkenaan sempat bergurau dia terpijak lubang khayalan yang terdapat di karpet merah selain menolak bantuan ingin diberikan orang sekeliling.

WhatsApp Image 2024-03-11 at 09.18.42

Liza kini sedang sarat mengadung.

"Tidak mengapa. Terdapat 'lubang' di situ. Anda nampak bukan," selorohnya.

Momen memalukan itu turut mendapat perhatian netizen yang menyifatkan busana digayakan Liza tidak praktikal dan menyebabkan dia terjatuh.

"Pakaiannya terlalu sarat untuk digayakan. Ia menyusahkan Liza.

"Walaupun terjatuh, Liza tetap maintain cool," tulis netizen.

ARTIKEL BERKAITAN: Lukisan G-Dragon masuk lelongan, harga bidaan bermula RM117,000

ARTIKEL BERKAITAN: Demi bergandingan dengan Shah Rukh Khan, Rakhi Sawant berbikini ketika uji bakat

Selain Liza, penampilan pelakon Vanessa Hudgens juga turut mendapat perhatian ramai apabila tampil berbadan dua di acara anugerah berprestij itu.

Difahamkan, Vanessa bakal menyambut kelahiran cahaya mata pertama hasil perkahwinan bersama pemain baseball iaitu Cole Tucker.

Vanessa anggun menggayakan busana rona hitam hasil rekaan Vera Wang yang memperlihatkan bentuk perut semakin membesar.

Anugerah Oscars ke-96 sedang berlangsung di Dolby Theatre, Los Angeles.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain