suria

Berat badan Kitty Chica turun mendadak disangka sakit, rupanya persediaan berlakon filem seram

Peminat Kitty berubah menjadi terlalu kurus.

PERKONGSIAN foto terbaharu pelakon A Girl From Nowhere, Kitty Chica mendapat perhatian netizen yang bimbang dengan kesihatan aktres terkenal Thailand itu.

Mana tidaknya, Kitty terlihat terlalu kurus sehingga wajahnya kelihatan lebih tua berbanding usia sebenar.

Malah rata-rata peminatnya bimbang sekiranya aktres tersebut menghidap penyakit dalam diam.

GH6Hfy_akAAV4JN

Kitty minta peminat jangan risau dengan keadaan dirinya.

Menerusi foto-foto itu, Kitty memakai pakaian berwarna kelabu ketika menghadiri acara Minggu Fesyen Paris Yves Saint Laurent baru-baru ini.

Bagaimanapun menerusi satu temu bual Kitty bersama media Thailand memberitahu dia tidak mengalami masalah kesihatan.

ARTIKEL BERKAITAN: IU buka cerita dipukul ibu sewaktu kecil, punggung masih terasa sakit

ARTIKEL BERKAITAN: Peminat syak Kylie Jenner dan Timothee Chalamet sudah berpisah, tiada lagi foto keluar bersama

Sebaliknya, penurunan berat badan secara drastik sebagai persediaan filem seram yang bakal dilakonkan.

Dia juga berharap agar peminatnya tidak terlalu bimbang dengan keadaanya dan terus menyokong karyanya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain