suria

Kekasih datang tonton konsert punca Taylor Swift ‘skip’ sebaris lirik lagu Fifteen

Taylor dan Kelce mula bercinta tahun lepas.

KEHADIRAN teman lelakinya dipercayai menjadi punca Taylor Swift tidak menyanyikan sebaris lirik dalam lagu Fifteen semasa konsert di Singapura, baru-baru ini.

Menerusi video tular di aplikasi TikTok, Taylor atau Taylor Alison Swift, 34, dilihat melangkau lirik 'Well, in your life you'll do things... greater than dating the boy on the football team... I didn't know it at fifteen'

Untitled design (1)

Taylor membuat konsert di Singapura baru-baru ini.

Tindakan Taylor tidak menyanyikan bait lirik berkenaan mengundang tanda tanya dalam kalangan peminat.

Ada yang berpendapat kemungkinan Taylor melakukan perkara itu kerana menghormati kehadiran kekasihnya Travis Kelce yang juga seorang pemain bola sepak Amerika Syarikat.

"Taylor tak nyanyikan lirik itu sebab dia sudah pun bercinta dengan seorang pemain bola sepak.

ARTIKEL BERKAITAN: Bukan terlepas peluang konsert Taylor Swift, tapi Malaysia tak pernah dapat tawaran - Adam Adli

ARTIKEL BERKAITAN: Pura-pura romantis depan kamera, netizen dakwa hubungan cinta Taylor Swift dan Travis Kelce hanya lakonan

"Saya ingin tahu kenapa Taylor langkau lirik tersebut," komen netizen

Travis, 34, dilaporkan terbang ke Singapura untuk hadir ke konsert Taylor Eras Tour pada 6 Mac lepas bersama abangnya iaitu Jason Kelce.

Mereka dikhabar mula menjalinkan hubungan pada September tahun lalu selepas Travis dilihat hadir ke Konsert Taylor yang berlangsung di Missouri tahun lalu.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain