suria

IU buka cerita dipukul ibu sewaktu kecil, punggung masih terasa sakit

IU dedah pernah dipukul oleh ibu sewaktu kecil.

PENYANYI dari Korea Selatan IU mengimbau kembali memori ketika dia masih kecil dan dipukul oleh ibunya kerana suka memberontak.

IU atau nama sebenanrnya Lee Ji Eun, 31, berkata ketika itu dia masih belum matang untuk memikirkan baik buruk sesuatu perkara.

"Ketika saya masih muda, saya sangat terdesak dan berani sehingga saya sangat marah kepada ibu saya. Ia bukanlah teruk, tetapi kami bergaduh besar dan saya kalah," katanya.

size NP 1 (87)

IU berkongsi cerita dia memberontak sewaktu kecil di saluran YouTube miliknya.

Penyanyi Love Wins All berkongsi pengalamannya itu ketika ditemu bual oleh ibunya dalam video terbaru di saluran YouTube miliknya baru-baru ini.

IU juga sempat berseloroh punggungnya masih terasa sakit sehingga ke hari ini dan mempersoalkan tindakan ibunya itu.

"Punggung saya masih sakit. Kenapa awak pukul saya?" ujarnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Tajam mata netizen... Lee Jong Suk hadir konsert IU, duduk sekali dengan penonton

ARTIKEL BERKAITAN: Kantoi bercuti di Jepun, Lee Jong Suk akhirnya mengaku bercinta dengan IU

Kemudian, ibu IU menjelaskan bahawa dia memukul anaknya itu kerana IU terlalu seronok tidak ke sekolah pada hari itu.

"Bukannya saya tidak mahu pergi sekolah tetapi saya suka hari cuti saya. Bagaimana awak boleh berbuat demikian kepada saya sebagai seorang ibu? Adakah awak suka hari-awak perlu pergi bekerja?" jelasnya.

Punggung saya masih sakit. Kenapa awak pukul saya?

IU

PENYANYI

Di akhir perbualan ibu IU mengakui itu kesilapan dirinya dan memohon maaf tentang cerita lama berkenaan.

"Awak betul. Saya minta maaf," katanya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan Youtube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain