suria

Cukup dua kali curang! Perkahwinan 11 tahun Natalie Portman berakhir penceraian

Natalie dan Benjamin pilih haluan sendiri selepas 11 tahun berkahwin.

SELEPAS 11 tahun hidup sebagai suami isteri, pelakon Natalie Portman mengesahkan sudah bercerai dengan Benjamin Millepied.

Natalie mendedahkan dia memfailkan penceraian terhadap Benjamin sekitar Julai tahun lalu dan perkahwinan mereka akhirnya dibubarkan pada Februari lalu di Perancis.

Menerusi temu bual bersama majalah Vanity Fair, Natalie menyifatkan perkahwinan 11 tahun dengan bekas suaminya itu sebagai mengerikan.

size NP 1 (56)

Natalie dan Benjamin bersama dua orang anak mereka.

Katanya lagi, dia langsung tidak mempunyai sebarang keinginan untuk kembali ke pangkuan Benjamin dan mahu meneruskan kehidupan tanpa menoleh ke belakang.

"Ia mengerikan dan saya tidak mempunyai keinginan berbaik atau berhubungan dengannya lagi," katanya.

Natalie dan Benjamin yang berkahwin pada 2012 pernah berpisah dua tahun lalu namun berjaya menyelesaikan kemelut rumah tangga mereka.

ARTIKEL BERKAITAN: Suami ada skandal dengan aktivis muda, rumah tangga Natalie Portman goyah

ARTIKEL BERKAITAN: Natalie Portman & Benjamin Nikah Selepas Dapat Anak Pertama

Bagaimanapun pada Jun tahun lalu, heboh Benjamin didakwa berlaku curang terhadap isterinya dengan seorang wanita muda berusia 25 tahun dikenali sebagai Camille Etienne.

Selepas kecurangannya diketahui Natalie, Benjamin sudah melakukan pelbagai usaha untuk mendapatkan kembali kepercayaan Natalie namun tidak berjaya.

Hasil perkahwinan itu, pasangan tersebut dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Aleph, 12 dan Amalia yang kini berusia tujuh tahun.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain