suria

Banglo mewah Cara Delevingne hangus terbakar, lega dua ekor kucing berjaya diselamatkan

Rumah Cara hangus dijilat api.

PELAKON Cara Delevinge berdepan ujian apabila banglo mewah miliknya yang terletak di Los Angeles, Amerika Syarikat hangus terbakar dalam kejadian yang berlaku pada pada Jumaat.

Kebakaran dipercayai bermula dari sebuah bilik kecil di kawasan belakang sebelum merebak sehingga menyebabkan rumah bernilai hampir RM33 juga itu musnah teruk.

Sebanyak 13 trak bomba bersama 94 pasukan bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima maklumat kebakaran.

cara 2

Dua kucing Cara berjaya diselamatkan.

Cara, 32, bagaimanapun tidak berada dalam rumah berkenaan sedang terlibat dalam sebuah pementasan di United Kingdom.

Pelakon ini yang mengetahui mengenai insiden tersebut selepas selesai berkerja tidak dapat menahan rasa sedih.

ARTIKEL BERKAITAN: Pernah jadi penyanyi pujaan, anak punca karier Lily Allen musnah

ARTIKEL BERKAITAN: Perkahwinan bermasalah hanya khayalan orang, Hailey dan Justin Bieber tidak akan bercerai

Malah dalam satu perkongsian di laman Instagam miliknya dia juga turut meluahkan rasa bimbang terhadap dua ekor kucing miliknya yang berada dalam rumah tersebut.

Bagaimanapun kedua-dua haiwan peliharaannya itu berjaya di selamatkan oleh pasukan bomba dan penyelamat.

"Hati saya hancur. Saya tidak percaya hidup boleh berubah dalam sekelip mata. Hargailah apa yang anda miliki," luahnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain