suria

Pernah jadi penyanyi pujaan, anak punca karier Lily Allen musnah

Lily tetap bahagia dengan kehadiran anak-anaknya.

LIMA tahun bergelar ibu tunggal, penyanyi Lily Allen mengakui kerjayanya musnah disebabkan dua orang anaknya.

Kata Lily, anak-anaknya sememangnya memberi kebahagiaan namun dia terpaksa meninggalkan apa yang disukai termasuk karier sebagai penyanyi.

"Ia agak sukar di sini. Anak-anak saya telah merosakkan kerjaya saya.

lily-allen-031224-be794838ee994f9aa1f627c58ef5bb7a

Lily pernah popular dengan lagu Alfie.

"Saya sukakan mereka dan mereka melengkapkan saya tetapi dari segi lain mereka merosakkan saya," katanya.

Lily berkongsi perkara itu semasa menjadi tetamu program Podcast Radio Times.

Menurutnya, sebelum ini dia kerap mendengar seorang ibu mampu memiliki kerjaya dan anak-anak namun mula sedar perkara itu tidak benar.

ARTIKEL BERKAITAN: Veneer tercabut lepas kunyah roti keras, Cardi B buat ‘live‘ tunjuk gigi rongak

ARTIKEL BERKAITAN: Ikut jejak langkah Kanye West, North bakal lancar album pada usia 10 tahun

Jelasnya, ibu dan bapanya juga meninggalkannya ketika dia masih kecil kerana ingin memberi fokus kepada kerjaya.

"Ia buat saya berasa jengkel apabila ada pihak memberitahu saya boleh memiliki semuanya tetapi terus terang tidak boleh.

Untuk rekod, Allen berkahwin dengan Sam Cooper pada 2011 dan bercerai 2018.

Mereka mempunyai dua orang cahaya mata iaitu Ethel, 12, dan Marnie, 11.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain