suria

Pelakon ‘Squid Game‘ kena penjara 8 bulan, bersalah cabul wanita

Young Soo bakal menjalani hukuman penjara.

PELAKON siri Squid Game Oh Young Soo akhirnya dijatuhkan hukuman penjara selama lapan bulan atas kesalahan melakukan gangguan seksual terhadap seorang aktres pada tahun 2017.

Mahkamah pada Jumaat juga menetapkan Yong Soo berada dalam tempoh pemerhatian selama dua tahun selain perlu melengkapkan program mencegah gangguan seksual selama 40 jam.

Yong Soo, 80, hadir di Mahkamah Daerah Suwon pada Jumaat bagi proses pertama perbicaraan tersebut.

oh young soo 2

Young Soo mahu kemuka rayuan.

Dia bagaimanapun dilaporkan mahu mengemukan rayuan terhadap keputusan mahkamah.

Ketika bertemu media di luar mahkamah, Yong Soo hanya mengiyakan tentang hukuman tersebut tanpa memberi sebarang komen lanjut.

ARTIKEL BERKAITAN: Pelakon Squid Game berdepan hukuman penjara setahun, sangkal raba dan cium wanita tanpa kerelaan

ARTIKEL BERKAITAN: Pelakon ‘Squid Game’ dituduh cabul wanita, dakwa hanya pegang tangan keliling tasik

Pada November 2022, Young Soo berdepan dakwaan melakukan perbuatan tidak senonoh terhadap seorang wanita dengan memegang tubuh selain mencium pipinya.

Nama Yong Soo sebelum in menjadi bualan hangat kerana ramai yang tidak menyangka pemenang anugerah Golden Globe ini sanggup melakukan perbuatan sedemikian.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain