suria

Berbuka puasa dalam khemah dengan Mahalini, Rizky Febian dituduh kurang didikan agama

Rizky membuktikan dia masih beragama Islam.

BELUM reda isu meraikan perayaan Nyepi di Bali sehingga status agamanya dipertikaikan, penyanyi Rizky Febian sekali lagi menjadi bualan dalam kalangan peminat.

Kecaman terhadap penyanyi berusia 26 tahun itu bermula apabila dia memuat naik foto sedang berbuka puasa dengan Mahalini yang dilihat sebagai cara mengesahkan dia masih seorang Islam.

"Sampai sahaja terus azan! Selamat berbuka guys," katanya.

Untitled design (33)

Mahalini dilihat setia menemani Rizky berpuasa.

Namun apa menjadi kecaman netizen apabila dia dan Mahalini berbuka puasa di dalam sebuah khemah secara berdua-duaan.

Ramai pula bertanya sama ada pasangan itu akan tidur di dalam khemah tersebut dan berharap tekaan mereka salah.

"Macam mana ni? Puasa tapi tidur bersama. Sudah nikah?

"Nikah sahajalah... Suruh Mahalini masuk Islam. Kasihankan ibu awak yang sudah meninggal dunia.

ARTIKEL BERKENAAN: Rizky Febian dituduh murtad rai Nyepi di Bali, Mahalini bersuara pertahan tunang

ARTIKEL BERKENAAN: Rizky Febian mohon doa peminat, enggan sahkan bakal nikah Syawal ini

"Beginilah kalau kurang didikan agama, susah juga," ujarnya.

Untuk rekod, Rizky dan Mahalini melangsungkan pertunangan pada Mei tahun lalu dalam majlis yang diadakan secara tertutup.

Sehingga kini, pasangan itu masih belum mengumumkan tarikh pernikahan mereka.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain