AHLI keluarga Bunga Citra Lestari iaitu Intan Ayu tampil menjawab khabar angin berkenaan penyanyi tersebut dikatakan sedang hamil. Memetik laporan Detikhot, Intan yang dipercayai merupakan sepupu kepada Bunga bagaimanapun enggan mengulas lanjut tentang berita itu kerana menganggap dirinya bukan individu layak untuk memberi sebarang komen. "Tidak mahu, saya tidak mahu komen apa-apa. Maaf, saya tidak akan menjawab soalan ini," katanya. Bunga dan Tiko bernikah pada Disember tahun lalu. Dalam pada itu, Intan mengakui baru sahaja mendengar tentang khabar angin kehamilan tersebut dan tidak dapat mengesahkan kesahihan berita itu. Malah Intan berkata mungkin bentuk badan Bunga berubah selepas berkahwin disebabkan hidupnya kini lebih bahagia. "Saya pun baru dengar tentang berita (kisah kehamilan) ini. Keluarga kami sendiri masih tidak tahu. ARTIKEL BERKAITAN: Cinta tak pernah pudar, Bunga Citra Lestari bawa suami ziarah pusara Ashraf Sinclair ARTIKEL BERKAITAN: Bunga Citra Lestari sudah berbincang dengan keluarga Ashraf sebelum buang nama Sinclair di IG "Mungkin Bunga lebih bahagia sekarang," ujarnya. Sebelum ini, tular sebuah video di aplikasi TikTok memaparkan Bunga sedang menyanyi ketika sesi soundcheck di sebuah acara yang berlangsung di Makassar, Indonesia. Bagaimanapun, saiz perut penyanyi itu menjadi bualan ramai apabila pakaian rona hitam yang digayakan bersama kardigan memperlihatkan bentuk perut seperti hamil. Netizen mula membuat spekulasi penyanyi lagu Wanita Terbahagia itu kini sedang berbadan dua. Untuk rekod, Bunga bernikah dengan Tiko Aryawardhana di sebuah hotel mewah di Bali pada 2 Disember tahun lalu. Sebelum itu, Bunga mendirikan rumah tangga dengan Ashraf Sinclair pada 2008 dan mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki iaitu Noah Aidan Sinclair, 14 tahun. Ashraf meninggal dunia pada Februari 2020 semasa tidur akibat serangan jantung. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan Youtube TONTON VIDEO PILIHAN!