PELAKON Mulan Jameela membuat permintaan kepada suaminya iaitu Ahmad Dhani untuk menjalani ibadah puasa di Bali, Indonesia. Difahamkan keputusan berpuasa di Bali bertujuan menemani suaminya yang perlu berada Pulau Dewata untuk tempoh lama atas ada urusan kerja. "Tidak la sebab abang Dhani bukan orang yang suka membantah kalau minta apa-apa terutamanya di bulan puasa, tapi dia ada permintaan untuk teman dia di Bali untuk urusan kerja pada awal puasa," kata Mulan. Mulan Jameela teringin nak berpuasa di Bali. Meskipun bakal berpuasa di Bali selama seminggu namun dia belum dapat menentukan tarikh sebenar mereka berada di sana. "Seminggu tapi tidak tahu tarikh sebenar dan puasa ke berapa kami di Bali," ujarnya. Dalam pada itu, Mulan juga berharap agar Ramadan kali ini dia berupaya untuk melatih kedua anaknya untuk menjalani ibadah puasa dan berharap mampu berpuasa penuh. ARTIKEL BERKAITAN: Mulan Jameela nafi fail cerai terhadap Ahmad Dhani, rumah tangga didakwa goyah selepas dilantik ahli Dewan Indonesia ARTIKEL BERKAITAN: Netizen ungkit kecurangan Ahmad Dhani selepas keluar kenyataan kahwin ‘rakan’ isteri perkara biasa "Saya masih ada anak kecil, Safeea dan Ali jadi sekarang ini saya memang sedang melatih mereka untuk berpuasa. "Tahun ini mudah-mudahan anak-anak boleh ikut puasa, walaupun mungkin tak boleh puasa penuh tapi yang penting semangat anak-anak itu penting," tambahnya lagi. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan Youtube TONTON VIDEO PILIHAN!