suria

Berparti sakan sehari sebelum puasa, nama Nia Ramadhani dianggap tak sesuai perangai

Nia Ramadhani dilihat mengenakan pakaian seksi semasa parti.

PELAKON Nia Ramadhani menjadi bualan netizen selepas memuat naik video dia berparti sakan pada malam sebelum kedatangan bulan Ramadan pada Selasa.

Menerusi perkongsian di Instagram, Nia, 34, dilihat mengenakan pakaian seksi sehingga mendedahkan bahagian perutnya semasa asyik berparti.

Bukan itu sahaja, pelakon sinetron Cinta Kirana itu dilihat seronok berkaraoke bersama rakan-rakan sambil menghiburkan penonton lelaki yang turut berada di situ.

Untitled design (21)

Tangkap layar video memaparkan Nia sedang seronok berkaraoke ketika parti pada malam Isnin.

Nia turut menerima kecaman dan teguran kerana tidak menghormati bulan Ramadan dan menyifatkan tindakan itu tidak sepadan dengan namanya.

"Sudah masuk bulan Ramadan, semoga Nia lebih berhati-hati semasa membuat hantaran.

ARTIKEL BERKAITAN: Berpenampilan seksi sambut tahun baharu... Nia Ramadhani, anak dikecam pakai tak tutup aurat

ARTIKEL BERKAITAN: Hubungan terlalu akrab, Nia Ramadhani tak malu mengaku tidur sekatil dengan ibu bapa mentua

"Parti tak ingat dunia, tak ingat yang kita baru saja masuk bulan puasa.

"Sia-sia saja ada gelaran hajjah tapi masih tidak menjaga aurat.

"Perangai tak sesuai langsung dengan nama Ramadhani itu," komen netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain