suria

Rizky Febian dituduh murtad rai Nyepi di Bali, Mahalini bersuara pertahan tunang

Tindakan Rizky merayakan perayaan Hindu mengundang perhatian ramai.

HANYA gara-gara meraikan perayaan Nyepi di Bali, penyanyi Rizky Febian dituduh murtad dan berpindah agama Hindu mengikut tunangnya, Mahalini.

Menerusi perkongsian video yang dimuat naik di Instagram, Rizky dilihat menyertai sekumpulan penganut agama berkenaan mengangkat patung Ogoh Ogoh.

Perayaan Nyepi diraikan setiap tahun baharu mengikut takwim Saka di Bali.

Mahalini meninggalkan komen di Instagram milik Rizky.

Mahalini tampil mempertahankan tunangnya di ruangan komen.

Tindakan Rizky atau Rizky Febian Adriansyah Sutrisna, 26, menerima pelbagai reaksi dalam kalangan netizen sehingga tergamak menuduhnya murtad.

"Sudah murtad? Mahu pindah agama ya bang? Adakah masih beragama Islam?," katanya.

Bagaimanapun Mahalini tampil menyebelahi tunangnya dan menyifatkan dakwaan dibuat netizen adalah fitnah.

ARTIKEL BERKAITAN: Rizky Febian mohon doa peminat, enggan sahkan bakal nikah Syawal ini

ARTIKEL BERKAITAN: Perbezaan agama isu sensitif, Rizky Febian tetap akan kahwin Mahalini

"Katanya fitnah itu lebih kejam daripada membunuh," tulisnya.

Penyanyi lagu Hingga Tua Bersama itu bagaimanapun menutup ruang komen gara-gara menerima pelbagai kritikan yang mengundang perhatian ramai.

Untuk rekod, Rizky dan Mahalini melangsungkan pertunangan pada Mei tahun lalu di sebuah hotel dan majlis diadakan secara tertutup.

Perbezaan agama antara mereka sering menjadi persoalan ramai kerana Rizky beragama Islam sedangkan Mahalini merupakan penganut Hindu.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan Youtube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain