suria

Kritik kadar kelahiran rendah di Korea Selatan, Lee Min Hyuk diminta jaga tepi kain sendiri

Keceluparan mulut Min Hyuk menyebabkan dia dikecam peminat.

PENYANYI Lee Min Hyuk menimbulkan kemarahan netizen hanya kerana meluahkan pandangan mengenai sikap rakyat Korea Selatan yang enggan memiliki anak.

Anggota kumpulan BTOB berusia 34 tahun itu mempersoalkan kadar kelahiran di negara berkenaan yang menunjukkan penurunan meskipun ramai mendirikan rumah tangga.

Luahan itu dibuat Min Hyuk selepas menghadiri perkahwinan rakan baiknya pada 9 Mac lalu.

"Buat rakan-rakan yang sudah berkahwin, tolonglah naikkan kadar kelahiran negara ini," tulisnya di Instagram miliknya.

dummy

Min Hyuk berpendapat individu yang bantu meningkatkan kadar kelahiran di Korea Selatan berjasa kepada negara.

Tidak cukup dengan itu, Min Hyuk memberitahu pasangan yang berkahwin dan memilik anak ramai adalah golongan berjasa kepada negara.

"Enam daripada lapan rakan saya sudah berkahwin dan terdapat segelintir daripada mereka sudah mempunyai tiga orang anak.

"Pastinya mereka ini sudah berjasa kepada negara dalam meningkatkan kadar kelahiran," katanya.

Susulan itu, netizen menyifatkan penyanyi itu sebagai kurang ajar dan Min Hyuk tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan sedemikian.

ARTIKEL BERKAITAN: Lukisan G-Dragon masuk lelongan, harga bidaan bermula RM117,000

ARTIKEL BERKAITAN: IU buka cerita dipukul ibu sewaktu kecil, punggung masih terasa sakit

Netizen mempersoalkan hak Min Hyuk mahu mengajar urusan peribadi orang lain dan isu memiliki anak adalah peribadi.

"Dia kurang ajar terhadap peminat. Kenapa nak kena ajar orang lain tentang perkara seperti ini?," komen netizen.

Selepas teruk dikecam netizen, Min Hyuk tampil membuat permohonan maaf kepada peminat malah kesal dengan keterlanjuran kata yang dibuat.

Untuk rekod, Korea Selatan memang dikenali sebagai sebuah negara yang mempunyai kadar peratusan kelahiran rendah.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain