suria

Bekas kekasih dibawa ke lokasi pembunuhan anak, Tamara Tyasmara mahu benam kepala Yudha dalam kolang renang

Tamara (baju putih) hanya melihat dari jauh ketika Yudha menjalani proses rekonstruksi.

PELAKON Tamara Tyasmara tidak dapat menahan perasaan marah ketika bertentang empat mata dengan bekas teman lelakinya iaitu Yudha Arfandi buat pertama kali selepas lelaki itu ditahan atas dakwaan membunuh anaknya pada 29 Januari lalu.

Tamara, 29, berkata, berjumpa dengan Yudha ketika tertuduh dibawa ke lokasi tempat pembunuhan kanak-kanak malang tersebut bagi tujuan melakonkan semula kejadian.

Bagaimanapun kata Tamara, dia hanya mampu menahan marah kerana Yudha ketika itu dikawal ketat oleh pihak berkuasa.

yudha 1

Yudha ketika melakukan proses rekonstruksi kes pembunuhan Dante.

"Saya rasa mahu benamkan kepala dia. Biar dia tahu bagaimana rasanya.

"Adakah dia masih boleh hidup kalau dia berada ditempat Dante.

"Kepala saya sakit seperti menahan sesuatu. Saya sampai tak boleh bercakap, semuanya kena tahan," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Dituduh bersubahat kematian anak demi wang, ejen insurans sahkan Dante tidak dilindungi insurans

ARTIKEL BERKAITAN: Senyuman dalam foto dikecam peminat, rakan tampil pertahan Tamara Tyasmara masih bersedih kehilangan anak

Tamara memberitahu dia juga menghormati tugas polis dan enggan menimbulkan kekecohan meskipun dia cuba mendekati Yudha untuk meluahkan rasa geram.

"Saya cuba mendekati Yudha ketika itu namun ditarik semula agar tidak menghampiri kawasan berkenaan," ujarnya.

Anak kepada Tamara iaitu Dante atau Andante Pramuditya, 6, disahkan meninggal dunia pada 29 Januari lalu akibat lemas di sebuah kolam renang awam.

tamara1 - 1

Kehilangan Dante memberi kesan besar buat Tamara.

Hasil siasatan mendapati punca kematian terdapat unsur jenayah dan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan Yudha membenamkan wajah kanak-kanak malang itu dalam air sehingga mati.

Dalam masa sama pelakon ini turut bersedih menyambut Ramadan tahun ini tanpa anaknya di sisi.

Menurut Tamara, Dante pernah berjanji untuk belajar berpuasa namun hasrat tersebut tidak kesampaian.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan Youtube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain