SUSULAN krisis keluarga yang dihadapi, aktres Nikita Mirzani nekad mengeluarkan nama anak sulungnya, Lolly daripada daftar keluarga. Nikita atau Nikita Mirzani Mawardi, 38, enggan mengakui Lolly sebagai anak dan menegaskan sudah tiada kaitan dengan remaja berkenaan. "Saya dan Lolly sudah tiada urusan dalam sebarang hal. "Apa sahaja yang dilakukan Lolly tanpa pengetahuan saya bukan lagi tanggungjawab saya," katanya. Tangkap layar hantaran Nikita menjelaskan yang dia sudah mengeluarkan nama Lolly dari daftar keluarga. Nikita mendedahkan perkara itu menerusi Instagram miliknya. Dedah Nikita lagi, dia sudah tidak bertemu dengan Lolly sejak insiden pergaduhan mereka dan tiada niat untuk bertemu semula dengan anak perempuannya itu. Nikita juga menegaskan dia akan mengambil tindakan undang-undang jika Lolly atau pihak cuba mengaitkan mereka pada masa depan. ARTIKEL BERKAITAN: Nikita Mirzani hina pakaian anak macam lapik meja, Lolly senarai bekas bapa tiri sebagai ‘support system’ ARTIKEL BERKAITAN: Bekas suami dedah Nikita Mirzani ugut bunuh anak... Lolly tertekan takut nak balik Indonesia "Saya sudah tidak lagi berkomunikasi dan bertemu dengan Lolly. Saya tiada niat untuk bertemu dengannya lagi. "Kepada Lolly dan sesiapa sahaja yang berurusan dengannya, jangan pernah sebut nama saya lagi jika tidak mahu dikenakan tindakan undang-undang," katanya. Dalam pada itu, Nikita turut memuat naik dokumen bertarikh 27 Februari 2024 yang mengatakan Lolly sudah tiada lagi dalam senarai waris hartanya. Nikita membahagikan hartanya buat kedua-dua anak lelakinya secara sama rata. Lolly sepatutnya mewarisi bahagian harta paling besar iaitu 40 peratus manakala dua adiknya masing-masing menerima 30 peratus. Setelah nama anak sulungnya itu dikeluarkan, Nikita membahagikan hartanya secara sama rata iaitu 50 peratus kepada dua anak lelakinya iaitu Azka dan Arkana. Perang di antara Nikita dan Lolly tercetus apabila remaja berusia 16 tahun itu secara terbuka memihak kepada bekas suami ibunya iaitu Antonio Dedula selepas mereka bercerai. Untuk rekod, Lolly atau Laura Meizani Nasseru Asry adalah anak hasil perkahwinan pertama selebriti sensasi itu dengan Aizawa Nasseru pada 2006. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!